Wednesday, June 2, 2010

Lawatan Tuan Pegawai Daeah Kerian

Pada 1 April 2010, Tuan Pegawai Daeah Kerian, Tuan Haji Ismail Hassan, Ybhg Cikgu Chop dan Ketua Ketua Jabatan Daerah Kerian telah menghadiri Mesyuarat Penyelarasan Mukim Kuala Kurau bertempat di Pejabat Penghulu Mukim Kuala Kurau. Selepas bermesyuarat, Pegawai Daerah dan rombongan telah melakukan lawatan kerja ke beberapa tempat dan antaranya ialah di Sekolah agama Rakyat Al Aziziah, Kampung Tok Ngah. Sempena lawatan tersebut, beberapa aduan dan masalah sekolah telah disampaikan kepada beliau oleh pihak Ketua Kampung Tok Ngah dan AJK SAR Al Aziziah demi untuk memajukan lagi sekolah tersebut. Semua aduan dan masalah tersebut sedang dalam perhatian Tuan Pegawai Daerah Kerian.





Lawatan DYTM Raja Muda dan DYTM Raja Puan Besar


Pada 26 Mac 2010 jam 4.30 petang, Kampung Tok Ngah menerima lawatan DiRaja yang mana baginda berdua berkenan untuk membuat lawatan ke sangkar ikan di sekitar Sungai Kurau melalui Jeti Pasukan Marin Kuala Kurau yang terletak di dalam kawasan Kampung Tok Ngah. Sebelum ke sini, baginda berdua telah membuat lawatan kerja ke Pejabat Daerah Kerian dan Tanjung Piandang. Rombongan baginda turut diserta YAB MB Perak dan ketua ketua jabatan negeri dan persekutuan dan disambut dengan penuh meriah oleh penduduk tempatan.



Ketibaan rombongan DiRaja disambut oleh penduduk penduduk Kampung Tok Ngah



Baginda dan rombongan menaiki bot PGA ke sangkar ikan.




Baginda berdua melawat sangkar ikan.



Keberangkatan pulang Raja Muda dan Puan Besar













Sunday, June 14, 2009

SELAMAT DATANG KE KAMPUNG TOK NGAH, KUALA KURAU, PERAK DARUL RIDZUAN

MERCU TANDA KAMPUNG TOK NGAH


NAMA DAN SEJARAH KAMPUNG


Kampung Tok Ngah terletak dalam pentadbiran Mukim Kuala Kurau, Daerah Kerian, Perak Darul Ridzuan. Menurut cerita yang telah diperturunkan dari generasi terdahulu, Kampung Tok Ngah telah diteroka dan dibuka oleh sepasang suami isteri rakyat tempatan sekitar tahun 1923. suami kepada pasangan tersebut bernama Tok Ngah. Sehubungan penerokaan awal yang telah dibuat oleh beliau, maka kampung ini diberi nama Kampung Tok Ngah. Sehingga ke hari ini, bilangan penduduk Kampung Tok Ngah semakin bertambah bersesuaian dengan peredaran masa. Antara ketua kampung yang pernah berkhidmat ialah :
  1. Tuan Haji Ishak dari tahun 1947 hingga 1942
  2. Tuan Haji Zakarian b Dun dari tahun 1963 hingga tahun 1988
  3. Encik Abu Bakar b Osman dari tahun 1989 hingga tahun 1996
  4. Encik Yusof b Abd Hamid dari tahun 1997 hingga tahun 2004 dan dari 2008 hingga 2009
  5. Encik Ahmad b Hamid dari tahun 2005 hingga 2007 dan dari tahun 2009 hingga sekarang.

LOGO DAN MOTTO

"DESAKU AMAN DAN DAMAI"


Maksud logo :
  • Biru melambangkan perpaduan penduduk kampung dari pelbagai kaum yang hidup bersatu padu dan harmoni.
  • Putih melambangkan kebersihan yang diamalkan oleh penduduk kampung.
  • Merah melambangkan semangat keberanian penduduk kampung.
  • Buku melambangkan keutamaan penduduk dalam menimba ilmu pengetahuan.
  • Motto : "Desaku Aman Damai"

PETA DAN LOKASI KAMPUNG




Kampung Tok Ngah terletak di dalam Mukim Kuala Kurau, Daerah Kerian, Negeri Perak Darul Ridzuan. Keluasan kampung Tok Ngah ialah 182 ekar. Pekan paling hampir ialah Pekan Kuala Kurau. Bandar yang paling hampir ialah Bagan Serai yang terletak 14 km dari sini dan Parit Buntar yang terletak 16 km dari sini.

Pekan Kuala Kurau



SUSUN ATUR KAMPUNG

Kampung Induk ialah Kampung Tok Ngah.
Kampung kampung rangkaian ialah Kampung Jam Jam, separuh Kampung Parit Mat Ali dan separuh Kampung Parit Abas.
Untuk sebarang aduan atau pertanyaan mengenai Kampung Tok Ngah, bolehlah menghubungi mana mana yang di bawah :
  • Alamat e-mail ialah kgtokngah@yahoo.com
  • Alamat surat menyurat ialah : Pengerusi JKK Kampung Tok Ngah, No 562, Kampung Tok Ngah , 34350 Kuala Kurau Perak.
  • No telefon Ketua Kampung Tok Ngah, Encik Ahmad b Hamid - 017 4029827
Kampung Tok Ngah terletak di dalam Parlimen Parit Buntar dan DUN Kuala Kurau.

YB Dr Mujahid Yusuf Rawa, Ahli Parlimen Parit Buntar

YB En Abd Yunus Jamhari, ADUN Kuala Kurau


INFO JKKK

Di peringkat pentadbiran daerah, Kampung Tok Ngah ditadbir di bawah Pejabat Daerah Kerian iaitu Tuan Pegawai Daerah Kerian dan dibantu oleh 2 orang Penghulu Mukim serta seorang Ketua Kampung.

Encik Ismail b Hassan, Pegawai Daerah Kerian / Penaung


En Hamzah b Md Rasidi, Penghulu Mukim Kuala Kurau / Penasihat Kampung



En Shahrul Farid b Sobri, Penghulu Mukim Kuala Kurau / Penasihat Kampung



En Ahmad b Hamid, Ketua Kampung Tok Ngah / Pengerusi JKKK

Friday, June 12, 2009

Info Penduduk Kampung Tok Ngah

Bilangan penduduk Kampung Tok Ngah sehingga kini adalah seramai 6040 orang.

Pecahan jantina adalah seperti berikut :



Pecahan umur bagi kaum lelaki adalah seperti berikut :




Pecahan umur bagi kaum wanita adalah seperti berikut :



Pendidikan mengikut jantina adalah seperti berikut :


Komposisi kaum adalah seperti berikut :


Jenis pekerjaan yang dilakukan oleh penduduk adalah seperti berikut :

Thursday, June 11, 2009

Info Guna Tanah

Bentuk fizikal muka bumi Kampung Tok Ngah adalah datar dan rendah. Tidak terdapat langsung bukit-bukau atau kawasan tanah tinggi. Di setengah-setengah bahagian kedudukan muka buminya lebih rendah daripada paras laut. Dengan sebab itulah kawasan tanahnya adalah amat sesuai ditanam dengan padi dan sebagainya.Sebahagian besar kandungan tanahnya terdiri daripada tanah lanar berasal dari laut iaitu sejenis yang melekat berwarna coklat menutupi tanah-tanih (subsoil) tanah liat yang berwarna hijau/kelabu. Hampir keseluruhan tanah di kampung ini sesuai untuk tanaman padi dan usaha mempertingkatkan hasil pengeluarannya sehingga mencapai 5 tan metrik bagi satu hektar sedang giat dilaksanakan dengan menumpukan dan memperbaiki khususnya mengenai pengurusan air dan teknik pengurusan tanaman oleh pihak KSM, Pertanian dan JPS.

Keluasan tanah di Kampung Tok Ngah ialah 182 ekar. Keluasan tanah yang diusahakan ialah :


Contoh kegunaan tanah untuk perumahan di Kampung Tok Ngah


Antara kegunaan tanah untuk premis awam di Kampung Tok Ngah iaitu Stesen Bas

Antara kegunaan tanah di Kampung Tok Ngah untuk tanaman

Wednesday, June 10, 2009

Info Hak Milik Penduduk

Bilangan rumah yang terdapat dalam Kampung Tok Ngah ialah 1268 buah rumah dan ianya dari pelbagai jenis seperti berikut :



Contoh antara jenis rumah yang terdapat di Kampung Tok Ngah:



Pemilikan kenderaan adalah seperti berikut :



Lain lain pemilikan adalah seperti berikut :


Tuesday, June 9, 2009

Info Prasarana Fizikal

Prasarana Fizikal
  • Jalan kampung bertar 100%
  • Bekalan air bersih / air paip kerajaan ada pada 1268 buah rumah (100%)
  • Bekalan elektrik melalui sistem grid juga pada kesemua 1268 buah rumah (100%)

Kemudahan Perniagaan

  • Bengkel 5 buah
  • Kedai 23 buah
  • Gerai 10 buah

Pusat Pendidikan
  • Tadika / Taska 1 buah
  • Sekolah Agama rakyat 1 buah
  • Pusat komputer 1 buah
  • Pusat tuisyen 1 buah
  • Sekolah Jenis Kebangsaan 1 buah

Kemudahan Asas
  • Surau 1 buah
  • Rumah ibadat 3 buah
  • Banggunan kerajaan 8 buah
  • Dewan orang ramai 1 buah
  • Telefon awam 5 buah
  • Stesen bas 1 buah
  • Hentian bas 2 buah
  • Pejabat Pos 1 buah
  • Balai Polis 1 buah
  • Padang permainan kanak kanak 1 buah
  • Padang bola 1 buah
  • Balai Bomba 1 buah
  • Balai Polis Marin 1 Buah

Powered By Blogger