Wednesday, June 2, 2010

Lawatan Tuan Pegawai Daeah Kerian

Pada 1 April 2010, Tuan Pegawai Daeah Kerian, Tuan Haji Ismail Hassan, Ybhg Cikgu Chop dan Ketua Ketua Jabatan Daerah Kerian telah menghadiri Mesyuarat Penyelarasan Mukim Kuala Kurau bertempat di Pejabat Penghulu Mukim Kuala Kurau. Selepas bermesyuarat, Pegawai Daerah dan rombongan telah melakukan lawatan kerja ke beberapa tempat dan antaranya ialah di Sekolah agama Rakyat Al Aziziah, Kampung Tok Ngah. Sempena lawatan tersebut, beberapa aduan dan masalah sekolah telah disampaikan kepada beliau oleh pihak Ketua Kampung Tok Ngah dan AJK SAR Al Aziziah demi untuk memajukan lagi sekolah tersebut. Semua aduan dan masalah tersebut sedang dalam perhatian Tuan Pegawai Daerah Kerian.





No comments:

Post a Comment

Powered By Blogger