Wednesday, June 2, 2010

Lawatan Tuan Pegawai Daeah Kerian

Pada 1 April 2010, Tuan Pegawai Daeah Kerian, Tuan Haji Ismail Hassan, Ybhg Cikgu Chop dan Ketua Ketua Jabatan Daerah Kerian telah menghadiri Mesyuarat Penyelarasan Mukim Kuala Kurau bertempat di Pejabat Penghulu Mukim Kuala Kurau. Selepas bermesyuarat, Pegawai Daerah dan rombongan telah melakukan lawatan kerja ke beberapa tempat dan antaranya ialah di Sekolah agama Rakyat Al Aziziah, Kampung Tok Ngah. Sempena lawatan tersebut, beberapa aduan dan masalah sekolah telah disampaikan kepada beliau oleh pihak Ketua Kampung Tok Ngah dan AJK SAR Al Aziziah demi untuk memajukan lagi sekolah tersebut. Semua aduan dan masalah tersebut sedang dalam perhatian Tuan Pegawai Daerah Kerian.





Lawatan DYTM Raja Muda dan DYTM Raja Puan Besar


Pada 26 Mac 2010 jam 4.30 petang, Kampung Tok Ngah menerima lawatan DiRaja yang mana baginda berdua berkenan untuk membuat lawatan ke sangkar ikan di sekitar Sungai Kurau melalui Jeti Pasukan Marin Kuala Kurau yang terletak di dalam kawasan Kampung Tok Ngah. Sebelum ke sini, baginda berdua telah membuat lawatan kerja ke Pejabat Daerah Kerian dan Tanjung Piandang. Rombongan baginda turut diserta YAB MB Perak dan ketua ketua jabatan negeri dan persekutuan dan disambut dengan penuh meriah oleh penduduk tempatan.



Ketibaan rombongan DiRaja disambut oleh penduduk penduduk Kampung Tok Ngah



Baginda dan rombongan menaiki bot PGA ke sangkar ikan.




Baginda berdua melawat sangkar ikan.



Keberangkatan pulang Raja Muda dan Puan Besar













Powered By Blogger