Sunday, June 14, 2009

SELAMAT DATANG KE KAMPUNG TOK NGAH, KUALA KURAU, PERAK DARUL RIDZUAN

MERCU TANDA KAMPUNG TOK NGAH


NAMA DAN SEJARAH KAMPUNG


Kampung Tok Ngah terletak dalam pentadbiran Mukim Kuala Kurau, Daerah Kerian, Perak Darul Ridzuan. Menurut cerita yang telah diperturunkan dari generasi terdahulu, Kampung Tok Ngah telah diteroka dan dibuka oleh sepasang suami isteri rakyat tempatan sekitar tahun 1923. suami kepada pasangan tersebut bernama Tok Ngah. Sehubungan penerokaan awal yang telah dibuat oleh beliau, maka kampung ini diberi nama Kampung Tok Ngah. Sehingga ke hari ini, bilangan penduduk Kampung Tok Ngah semakin bertambah bersesuaian dengan peredaran masa. Antara ketua kampung yang pernah berkhidmat ialah :
  1. Tuan Haji Ishak dari tahun 1947 hingga 1942
  2. Tuan Haji Zakarian b Dun dari tahun 1963 hingga tahun 1988
  3. Encik Abu Bakar b Osman dari tahun 1989 hingga tahun 1996
  4. Encik Yusof b Abd Hamid dari tahun 1997 hingga tahun 2004 dan dari 2008 hingga 2009
  5. Encik Ahmad b Hamid dari tahun 2005 hingga 2007 dan dari tahun 2009 hingga sekarang.

LOGO DAN MOTTO

"DESAKU AMAN DAN DAMAI"


Maksud logo :
  • Biru melambangkan perpaduan penduduk kampung dari pelbagai kaum yang hidup bersatu padu dan harmoni.
  • Putih melambangkan kebersihan yang diamalkan oleh penduduk kampung.
  • Merah melambangkan semangat keberanian penduduk kampung.
  • Buku melambangkan keutamaan penduduk dalam menimba ilmu pengetahuan.
  • Motto : "Desaku Aman Damai"

PETA DAN LOKASI KAMPUNG




Kampung Tok Ngah terletak di dalam Mukim Kuala Kurau, Daerah Kerian, Negeri Perak Darul Ridzuan. Keluasan kampung Tok Ngah ialah 182 ekar. Pekan paling hampir ialah Pekan Kuala Kurau. Bandar yang paling hampir ialah Bagan Serai yang terletak 14 km dari sini dan Parit Buntar yang terletak 16 km dari sini.

Pekan Kuala Kurau



SUSUN ATUR KAMPUNG

Kampung Induk ialah Kampung Tok Ngah.
Kampung kampung rangkaian ialah Kampung Jam Jam, separuh Kampung Parit Mat Ali dan separuh Kampung Parit Abas.
Untuk sebarang aduan atau pertanyaan mengenai Kampung Tok Ngah, bolehlah menghubungi mana mana yang di bawah :
  • Alamat e-mail ialah kgtokngah@yahoo.com
  • Alamat surat menyurat ialah : Pengerusi JKK Kampung Tok Ngah, No 562, Kampung Tok Ngah , 34350 Kuala Kurau Perak.
  • No telefon Ketua Kampung Tok Ngah, Encik Ahmad b Hamid - 017 4029827
Kampung Tok Ngah terletak di dalam Parlimen Parit Buntar dan DUN Kuala Kurau.

YB Dr Mujahid Yusuf Rawa, Ahli Parlimen Parit Buntar

YB En Abd Yunus Jamhari, ADUN Kuala Kurau


INFO JKKK

Di peringkat pentadbiran daerah, Kampung Tok Ngah ditadbir di bawah Pejabat Daerah Kerian iaitu Tuan Pegawai Daerah Kerian dan dibantu oleh 2 orang Penghulu Mukim serta seorang Ketua Kampung.

Encik Ismail b Hassan, Pegawai Daerah Kerian / Penaung


En Hamzah b Md Rasidi, Penghulu Mukim Kuala Kurau / Penasihat Kampung



En Shahrul Farid b Sobri, Penghulu Mukim Kuala Kurau / Penasihat Kampung



En Ahmad b Hamid, Ketua Kampung Tok Ngah / Pengerusi JKKK

1 comment:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete

Powered By Blogger