Thursday, June 11, 2009

Info Guna Tanah

Bentuk fizikal muka bumi Kampung Tok Ngah adalah datar dan rendah. Tidak terdapat langsung bukit-bukau atau kawasan tanah tinggi. Di setengah-setengah bahagian kedudukan muka buminya lebih rendah daripada paras laut. Dengan sebab itulah kawasan tanahnya adalah amat sesuai ditanam dengan padi dan sebagainya.Sebahagian besar kandungan tanahnya terdiri daripada tanah lanar berasal dari laut iaitu sejenis yang melekat berwarna coklat menutupi tanah-tanih (subsoil) tanah liat yang berwarna hijau/kelabu. Hampir keseluruhan tanah di kampung ini sesuai untuk tanaman padi dan usaha mempertingkatkan hasil pengeluarannya sehingga mencapai 5 tan metrik bagi satu hektar sedang giat dilaksanakan dengan menumpukan dan memperbaiki khususnya mengenai pengurusan air dan teknik pengurusan tanaman oleh pihak KSM, Pertanian dan JPS.

Keluasan tanah di Kampung Tok Ngah ialah 182 ekar. Keluasan tanah yang diusahakan ialah :


Contoh kegunaan tanah untuk perumahan di Kampung Tok Ngah


Antara kegunaan tanah untuk premis awam di Kampung Tok Ngah iaitu Stesen Bas

Antara kegunaan tanah di Kampung Tok Ngah untuk tanaman

No comments:

Post a Comment

Powered By Blogger